|
 |
|
Sunday, June 07, 2009
New Blog Assalamualaikum wrm wbt... It's been so long since the previous blog entry...if I'm not mistaken it must have been almost 9 months isn't it? I don't know what went wrong....for sure the mood for writing has never been lost..it's just that sometimes the current situations doesn't help. What with the ever so-slow internet connections in UTP, the piles of academic stuff, settling tasks for beloved BH, sorting out other amanah...and blog-writing has become the least of my priority (although blog-reading is not~ hehe..) without me realising so.
Ok..enough with the excuses and justifications. insyaAllah with the new mood back in...I have decided that I should move up a step with this blog-writing thingie. It seems that Hafsah (or Kak Sya) already has her own blog in blogspot (jangan igt Along tak tahu ye Kak Sya ;) hehe). So I guess it's time for us to go into our own separate ways. With my life almost reaching 228 months (that's 19 years in normal speak), I've decided to move on to blogspot too.
Revealing the new house at >> http://coretharian.blogspot.com/ Don't worry...although I have transferred all of my previous blog entries here to blogspot...this blog will never be deleted though. This "Saujana mata memandang...sejauh itu hati meluah rasa" blog houses too many of my thoughts since the days when I learned what blogging is all about. The entries have their own atmospheres here (plus the comments from dear readers)...so I don't have the heart to delete this. Will always treasure the moments here.
Copying the entries from blogdrive to blogspot since the past week gave me mixed emotions...there I was laughing uncontrollably at reading my own writings back in 2004 and 2005. Still can't believe that I used to write like that...those very very teenage-girls-kind-of-talk...full of emotions too (I guess that's what they call jiwa remaja eyh?) ...don't know how to describe it. Maybe if you have the time you can go check out the archives (although I hope you won't go along doing that...it's embarassing~).
Moving on to writings in 2006...oh my, I was so mature then. What with being left alone in Manchester without my family...it really made me older than what I'm supposed to be. The writings can also easily make me cry. Even now I don't think I could write as mature and as berisi as that anymore. I was like a totally different person then. And so on it continues towards 2007 and 2008 with less and less writings it seems. I would have a sudden mood-rush (allow me to call it that) and I would write very looonnggg entries for a few days and without any warnings..the blog would be left empty of any updates for I don't know how long. I'm really that bad eh? Sorry guys...
It seems that as my ChemE Jan07 mates get more and more into this blogging thing...I'm getting less interested in it. More and more of my coursemates started to have their own blogs (good job guys~ love reading your thoughts), and day by day passed with my blog still having the same old entry. Sampai ada yang kata labah2 dh bercucu-cicit kat sini ye? Tak cukup dgn tu..ada suara2 yang berbunyi kata boleh buat gulai labah2 dh. For the motivations I get, I thank you guys...although it may be indirect like those examples above.
Let's hope this new-found spirit would last longer than before k. I have so much to share with you guys..seriously. So keep reading k ;)
Wassalamu'alaikum wrm wbt...
p/s: Kak Sya tak nk bg tahu readers lain ke alamat baru blog Kak Sya tu? =D
Posted at 01:31 pm by along/ukhtsya
Permalink
Wednesday, April 08, 2009
~ Daie Soleh ~ Madah Kak Sya ~
Assalamualaikum...
MasyAllah...blog ini nampak gayanya sudah lama bersawang. Tahun ini sahaja, tidak pernah disentuh. Ingin dikatakan tidak sempat, mungkin hanya satu alasan. Namun, mungkin blog ini seperti telah lama dilupakan. Manusia yang lemah...
Pernahkah anda duduk sebentar dan melihat suasana, dan makluk ciptaan Allah swt? Pernahkah anda berfikir betapa agung dan indahnya penciptaan tersebut? dan pernahkah anda terfikir, betapa kerdil dan hinanya manusia ini di hadapan Allah swt?
Justeru, ingin ku kongsikan sepotong ayat dari surah Ali-Imran ayat 190-191, yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata
"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka".
MasyAllah...tidakkah kamu tahu dan lihat wahai sahabat-sahabatku bahawasanya, semua objek dan makhluk yang berada di bumi dan alam semesta ini sering berzikir dan bertasbih mengingati Allah swt? Setiap dari mereka tidak pernah berhenti dari mengingati Allah swt.
Tidakkah kamu melihat bagaimana putaran bumi, putaran planet-planet dan putaran alam semesta ini sama seperti putaran tawaf yang dilakukan oleh umat-umat Islam di Makkah? Tidakkah kamu melihat wahai manusia?
Dimanakah cintamu kepada Allah? Dimanakah kasih sayang mu kepada kekasih yang paling seharusnya kamu kasihi dan cintai?
Bacalah...
bacalah...
bacalah...
lihatlah dengan mata mu...lihatlah dengan mata hatimu,..dan dengarlah suara hatimu...
bacalah...
wallahu 'Alam......wabillahi taufik wa hidayah...wassalamualaikum wrm wbt...
Posted at 08:31 pm by along/ukhtsya
Permalink
Saturday, September 13, 2008
Jom semarakkan lagi Kempen Fast2Fund~ Assalamualaikum wrm wbt... Bagaimana Ramadhan kita setakat ini? Peluang beramal terbuka di sini sana....mari giatkan usaha, semarakkan suasana beribadah di bulan penuh ganjaran ini. Kempen Fast 2 Fund tinggal 14 hari sahaja lagi!!! (tarikh tutup 27 September 2008). Sudahkah anda menghulurkan sedikit buat saudara2 seislam kita....buat ayah, ibu, kakak, abang dan adik kita di sana?
Apalah sangat sumbangan kita yang kerdil ini jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka di sana saban hari...apalah sangat yang kita boleh lakukan selain menghulur doa dan bantuan kewangan...apalah sangat pengorbanan tersebut yang dibuat dari laptop di bilik semata (buat transfer melalui online banking je..)...
Semua yang membaca ni dah besar...tahu macam mana nak uruskan duit sendiri...tahu hak2 orang lain ke atas harta kita....jadi, masing2 boleh buat keputusan sendiri. Harta kita punyai adalah milik orang lain, nilai harta kita yang sebenarnya terletak pada harta yg telah diberi kepada yang lain. Fikir2kan...
Selamat mengejar ganjaran Ramadhan~
Wassalamualaikum wrm..
p/s: for utpians...you guys could contact me directly for any inquiries that you may have. tq
 
Every participant is encouraged to fast every Mondays and Thursdays throughout the month of Rejab and Sya'ban, and perform the obligatory fast throughout the month of Ramadhan.
Fund of at least RM 100 that is targeted from each participant is based on the savings of the budget allocated for lunch on every fasting days, and thus saved for this fund.
Calculation Model:
Fast on Mondays & Thursdays throughout the month of Rejab & Sya'ban 16 days x RM 3.50 = RM 56
Obligatory fasting during month of Ramadhan 30 days x RM 3 = RM 90
Total fund = RM 56 + RM 90 = RM 146
MINIMUM FUND SUGGESTED:RM 100 per person*********************For bank in purposes:Pertubuhan Jamaah Islah MalaysiaBank Muamalat - No Akaun 140 3000 405 3711 orMaybank - No Akaun 5622 0960 8847Phone No: 03-4105 3766 (Encik Nasir)E-mail: fast2fund.pal@gmail.comYou can also visit http://fast2fund.blogspot.com/ for more details.
Posted at 10:12 am by along/ukhtsya
Permalink
Thursday, August 21, 2008
Bismillahirrahmani rahim... Tanggal 21hb Ogos.. adakah ia mengingatkan anda tentang sebuah peristiwa yang amat penting terutamanya untuk umat Islam? Sesungguhnya , TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?
Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria. Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras. Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa. Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, pada 21 ogos 1969. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis. Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah. Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan. Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.
PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam. Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa.
Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis. Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. wallahu a'lam...
Posted at 02:22 pm by along/ukhtsya
Permalink
Tuesday, August 19, 2008
Bismillahirrahmani rahim.. Apabila menceritakan mengenai kecemerlangan hakiki, ape yang penting sangat?? Hehehe...sebenarnye perkara ini sangat penting kot!! Dalam surah Ali-Imran:185: "Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)"
Kecemerlangan dari segi (bhs); bersinar (bercahaya) dengan terang sekali , berklilauan, gilang-gemilang. Dalam konteks kejayaan; mendapat keputusan yang baik. Sebenarnya, kecemerlangan yang dicapai di dunia ini sama ada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, perindustrian, hiburan dll adalah kecemerlangan jangka pendek dan bukan kecemerlangan hakiki dan kadang kala, kecemerlangan dunia ini akan memperdayakan manusia. Jadi, ape kecemerlangan hakiki ini sebenarnya?? Nak dapat straight A's or 4 flat dalam exam pun tak bley ke??Sesungguhnya, kecemerlangan yang hakiki ialah memasuki syurga yang disediakan oleh Allah swt. Islam tidak memandang kecil kecemerlangan dunia. Hal ini adalah kerana, kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kejayaan di akhirat. Menurut Imam Ghazali,: "Ciri2 kebahagiaan di akhirat boleh dibahagikan kepada empat:
- Keadaannya kekal abadi
- kegembiraannya berkekalan
- tidak kejahilan selepas itu
- tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu
Oleh kerana syurga itu adalah milik Allah swt, piawaian bagi memasukinya ditetapkan oleh Allah swt. Umat Islam akan mengetahui piawaian ini melalui Al-Quran dan dibantu oleh sunnah. Maka, secara automatiknya, umat akan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat. wallahu 'alam... Current iman: ..........??
Posted at 04:42 pm by along/ukhtsya
Thursday, August 14, 2008
Bismillahirahmani rahim..
Alhamdulillahi rabiil 'aa lamin..
Baru sebentar tadi terbuka e-mail dan terbaca mengenai isu berlaku di tempat pengajian ana ni dan tidak ku sangka begitu banyak lagi tugas para-para daie untuk menarik kembali umat-umat islam yang sudah hanyut entah kemana. Apa yang sedihnya, hal ini berlaku selepas Isra'dan Mi'raj.
Seperti yang kita ketahui, Isra' Mi'raj merupakan satu peristiwa dimana Allah swt telah mensyariatkan sembahyang kepada umat Islam, 5 kali dalam sehari. Dan syariat tersebut merupakan tiang-tiang yang mendirikan agama Islam itu sendiri. Maka, jika salah satu tiang ini hilang, maka akan jatuhlah agama Islam...
Kesedihannya mula terasa apabila kawan sendiri yang sering pergi ke kelas bersama mengambil mudah mengenai hal ini. Solat tersebut dijadikan seperti bahan main2. Solat tersebut boleh didirikan bila2 masa sahaja. Sehinggakan subuh didirikan pada pukul 12. Of couse, alasannya tertidur. Why? Because last night tidur lewat. Antara pukul 3-4, tengok cerita korea...!!
Ya Allah, moga2 Allah swt membuka hati2 kawan2 ku ini untuk menyedari akan kesalahannya. Kurniakanlah mereka perasaan takut dan gentar apabila meninggalkan solat. Sesungguhnya, solat tersebut merupakan satu interaksi utama antara kita dan Allah swt. Ini juga merupakan hubungan yang perlu kita jaga antara seorang hamba yang kerdil dan hina dengan Penciptanya yang maha agung.
Walaupun tertidur sekalipun, seharusnya, perlu ada rasa bersalah dan bertaubat dengan sebenar2 taubat dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Susah sangat ke? Waktu malam yang telah aturkan untuk kita adalah supaya kita berehat dan beribadah - menunaikan tahajjud...dan siang adalah waktu kita bekerja ~ (An-Naba': 10-11)
"Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian (menutup kamu dengan kegelapan). Dan Kami jadikan siang untuk usaha mencari penghidupan (rezeki)."
Maka, jika kita melawan fitrah yang telah Allah swt susun, perkara2 seperti inilah yang akan terjadi.
Maka, Untuk sesiapa yang membaca blog ini (dan diri sendiri), marilah kita bersama2 menjaga solat dan hubungan kita dengan Allah swt.
"Wa Islam mana Islam mal Muslimin, wa iman nana iimanal mukminin, wa solatana solatal khasyi 'in, wa 'amalana 'amalan solihiin..."
Wallau 'alam```
Posted at 03:19 pm by along/ukhtsya
Permalink
|
|
|