Nukilan Rasa Hati

dalam merisik redha Ilahi...



along/ukhtsya

::sembang elok-elok::
   

<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




Haiya 'alas solah



"Toronto" dan Ipoh, Perak
The WeatherPixie






Locations of visitors to this page








If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, August 14, 2008
Madah Kak Sya

Bismillahirahmani rahim..

Alhamdulillahi rabiil 'aa lamin..

Baru sebentar tadi terbuka e-mail dan terbaca mengenai isu berlaku di tempat pengajian ana ni dan tidak ku sangka begitu banyak lagi tugas para-para daie untuk menarik kembali umat-umat islam yang sudah hanyut entah kemana. Apa yang sedihnya, hal ini berlaku selepas Isra'dan Mi'raj.

Seperti yang kita ketahui, Isra' Mi'raj merupakan satu peristiwa dimana Allah swt telah mensyariatkan sembahyang kepada umat Islam, 5 kali dalam sehari. Dan syariat tersebut merupakan tiang-tiang yang mendirikan agama Islam itu sendiri. Maka, jika salah satu tiang ini hilang, maka akan jatuhlah agama Islam...

Kesedihannya mula terasa apabila kawan sendiri yang sering pergi ke kelas bersama mengambil mudah mengenai hal ini. Solat tersebut dijadikan seperti bahan main2. Solat tersebut boleh didirikan bila2 masa sahaja. Sehinggakan subuh didirikan pada pukul 12. Of couse, alasannya tertidur. Why? Because last night tidur lewat. Antara pukul 3-4, tengok cerita korea...!!

Ya Allah, moga2 Allah swt membuka hati2 kawan2 ku ini untuk menyedari akan kesalahannya. Kurniakanlah mereka perasaan takut dan gentar apabila meninggalkan solat. Sesungguhnya, solat tersebut merupakan satu interaksi utama antara kita dan Allah swt. Ini juga merupakan hubungan yang perlu kita jaga antara seorang hamba yang kerdil dan hina dengan Penciptanya yang maha agung.

Walaupun tertidur sekalipun, seharusnya, perlu ada rasa bersalah dan bertaubat dengan sebenar2 taubat dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Susah sangat ke? Waktu malam yang telah aturkan untuk kita adalah supaya kita berehat dan beribadah - menunaikan tahajjud...dan siang adalah waktu kita bekerja ~ (An-Naba': 10-11)

 "Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian (menutup kamu dengan kegelapan). Dan Kami jadikan siang untuk usaha mencari penghidupan (rezeki)."

Maka, jika kita melawan fitrah yang telah Allah swt susun, perkara2 seperti inilah yang akan terjadi.

Maka, Untuk sesiapa yang membaca blog ini (dan diri sendiri), marilah kita bersama2 menjaga solat dan hubungan kita dengan Allah swt.

"Wa Islam mana Islam mal Muslimin, wa iman nana iimanal mukminin, wa solatana solatal khasyi 'in, wa 'amalana 'amalan solihiin..."

Wallau 'alam```

 


Posted at 03:19 pm by along/ukhtsya

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry