|
Bismillahirahmani rahim.. Alhamdulillahi rabiil 'aa lamin.. Baru sebentar tadi terbuka e-mail dan terbaca mengenai isu berlaku di tempat pengajian ana ni dan tidak ku sangka begitu banyak lagi tugas para-para daie untuk menarik kembali umat-umat islam yang sudah hanyut entah kemana. Apa yang sedihnya, hal ini berlaku selepas Isra'dan Mi'raj. Seperti yang kita ketahui, Isra' Mi'raj merupakan satu peristiwa dimana Allah swt telah mensyariatkan sembahyang kepada umat Islam, 5 kali dalam sehari. Dan syariat tersebut merupakan tiang-tiang yang mendirikan agama Islam itu sendiri. Maka, jika salah satu tiang ini hilang, maka akan jatuhlah agama Islam... Kesedihannya mula terasa apabila kawan sendiri yang sering pergi ke kelas bersama mengambil mudah mengenai hal ini. Solat tersebut dijadikan seperti bahan main2. Solat tersebut boleh didirikan bila2 masa sahaja. Sehinggakan subuh didirikan pada pukul 12. Of couse, alasannya tertidur. Why? Because last night tidur lewat. Antara pukul 3-4, tengok cerita korea...!! Ya Allah, moga2 Allah swt membuka hati2 kawan2 ku ini untuk menyedari akan kesalahannya. Kurniakanlah mereka perasaan takut dan gentar apabila meninggalkan solat. Sesungguhnya, solat tersebut merupakan satu interaksi utama antara kita dan Allah swt. Ini juga merupakan hubungan yang perlu kita jaga antara seorang hamba yang kerdil dan hina dengan Penciptanya yang maha agung. Walaupun tertidur sekalipun, seharusnya, perlu ada rasa bersalah dan bertaubat dengan sebenar2 taubat dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Susah sangat ke? Waktu malam yang telah aturkan untuk kita adalah supaya kita berehat dan beribadah - menunaikan tahajjud...dan siang adalah waktu kita bekerja ~ (An-Naba': 10-11) "Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian (menutup kamu dengan kegelapan). Dan Kami jadikan siang untuk usaha mencari penghidupan (rezeki)." Maka, jika kita melawan fitrah yang telah Allah swt susun, perkara2 seperti inilah yang akan terjadi. Maka, Untuk sesiapa yang membaca blog ini (dan diri sendiri), marilah kita bersama2 menjaga solat dan hubungan kita dengan Allah swt. "Wa Islam mana Islam mal Muslimin, wa iman nana iimanal mukminin, wa solatana solatal khasyi 'in, wa 'amalana 'amalan solihiin..." Wallau 'alam```
|
| Leave a Comment: |