Entry: Madah Kak Sya Tuesday, August 19, 2008



Bismillahirrahmani rahim..

Apabila menceritakan mengenai kecemerlangan hakiki, ape yang penting sangat?? Hehehe...sebenarnye perkara ini sangat penting kot!! Dalam surah Ali-Imran:185:

"Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)"


Kecemerlangan dari segi (bhs); bersinar (bercahaya) dengan terang sekali , berklilauan, gilang-gemilang. Dalam konteks kejayaan; mendapat keputusan yang baik.

Sebenarnya, kecemerlangan yang dicapai di dunia ini sama ada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, perindustrian, hiburan dll adalah kecemerlangan jangka pendek dan bukan kecemerlangan hakiki dan kadang kala, kecemerlangan dunia ini akan memperdayakan manusia.

Jadi, ape kecemerlangan hakiki ini sebenarnya?? Nak dapat straight A's or 4 flat dalam exam pun tak bley ke??

Sesungguhnya, kecemerlangan yang hakiki ialah memasuki syurga yang disediakan oleh Allah swt. Islam tidak memandang kecil kecemerlangan dunia. Hal ini adalah kerana, kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kejayaan di akhirat.

Menurut Imam Ghazali,:
"Ciri2 kebahagiaan di akhirat boleh dibahagikan kepada empat:
  1. Keadaannya kekal abadi
  2. kegembiraannya berkekalan
  3. tidak kejahilan selepas itu
  4. tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu
Oleh kerana syurga itu adalah milik Allah swt, piawaian bagi memasukinya ditetapkan oleh Allah swt. Umat Islam akan mengetahui piawaian ini melalui Al-Quran dan dibantu oleh sunnah. Maka, secara automatiknya, umat akan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

wallahu 'alam...

Current iman: ..........??

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments